Tempat Menarik di Bangi/ Kajang/ Putrajaya
Bandar Baru Bangi
Ini merupakan senarai destinasi yang menarik berada di sekitar Bandar Baru Bangi. Ianya tidak jauh terletak dari Hearth Homestay. Jarak maksimum adalah antara 15 hingga 20km dari lokasi rumah.Selain itu anda juga boleh melihat senarai tarikan yang terdapat di Kajang dan Putrajaya melalui post di bawah.
Tempat Menarik di Bandar Baru Bangi
1. Bangi Wonderland
laman web : Bangi Wonderland
Bangi Wonderland merupakan taman tema air yang terletak di Bangi Avenue. Sila lawati laman web Taman Tema Air ini seperti yang dikongsikan di atas untuk penjelasan lanjut serta membuat tempahan bagi menikmati riadah di taman tema ini.
2. Taman Tasik Cempaka
Lokasi : Taman Tasik Cempaka
Taman Tasik Cempaka adalah Tasik yang terletak berdekatan dengan PKNS Bangi. Tasik ini merupakan taman riadah yang sesuai dikunjungi bagi meluangkan masa bersama keluarga, anak-anak dan rakan sahabat.
3. Universiti Kebangsaan Malaysia
Laman Web : Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan Universiti kedua tertua di Malaysia. Ianya merupakan universiti awam dan berada diantara Top 10 Universiti di Malaysia. Diantara tokoh yang pernah melanjutkan pelajaran di UKM umpamanya YB Dato' Haji Mohd Rashid bin Hasnon, Sheikh Muszaphar Shukor, Syed Hussein Alatas,Liow Tiong Lai, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood, Anwar Ibrahim, Anwar Fazal, Datuk Razali Ibrahim, Dato' Halimi Abd Manaf, dan Ramlan Bin Ibrahim
4. GMI Bangi
laman web : GMI Bangi
Institut Jerman-Malaysia menawarkan kursus intensif dengan praktikal amali dan teori di bidang Teknologi Produksi dan Industri Elektronik dengan pengkhususan dalam bidang Cetakan, Tool & Die, Product Design & Manufaktur, Mekatronik, Proses Instrumentasi & Kawalan, Electronics & Information Technology dan Network Security.
Tempat Makan di Bangi
1. Mee Tarik Asli Warisan di Bangi
Mee Tarik adalah menu yang berasal dari negeri Cina. Kedai ini diusahakan oleh Cina Muslim dan ianya halal dan sedap untuk dimakan. Ada menu bergoreng, dan bersup.
Waktu Operasi: 11.00 am – 11.00 pm
2. Restoran Mohd Chan Abdullah
Lokasi : Restoran Mohd Chan Abdullah Bangi
Ini merupakan salah satu cawangan Restoran Cina Muslim iaitu Mohd Chan Abdullah. Menu makanan di restoran ini adalah menu masakan Cina seperti dim sum, masakan kantonese, mee wantan dan lain lain lagi. Sangat sedap dan berbaloi untuk dikunjungi.
Waktu Operasi: 11.00 am – 11.00 pm
3. Restoran Jepun Miyagi Bangi
Lokasi : Restoran Jepun Miyagi
Miyagi Restoran menyediakan menu makanan berkonsepkan hidangan Jepun seperti sushi, kari Jepun, teriyaki dan sebagainya. Destinasi makanan ini pernah dikongsikan dalam rancangan popular JJCM di siaran TV3. Ianya juga terdapat sijil halal sah dari pihak JAKIM.
Waktu Operasi: 10.00 am -10.30 pm
4. Restoran Ana Ikan Bakar Petai Bangi
Kalau anda pernah mencuba & suka akan ikan bakar petai di Restoran Ana Ikan Bakar Petai di Tanjung Lumpur, Kuantan maka secara tak langsung anda mesti suka menu-menu ikan bakar di Restoran Ana Ikan Bakar Petai di Bangi. Walaupun lokasi 2 restoran ini jauh tetapi konsepnya memang sama & menu makanan ikan bakar yang segar dengan pelbagai jenis masakan Thai & berbakar pasti menjadikan restoran ini satu destinasi yang ideal untuk anda makan malam sedap dengan keluarga.
Waktu Operasi: 5.00 pm – 12.00 am
5. MZ Café Bangi
MZ Cafe merupakan restoran berkonsepkan medan selera. Disini terdapat pelbagai stesen dan booth mengikut menu seperti ikan bakar, stesen western, masakan panas, nasi kak wok dan lain lain lagi. Ruang makan yang disediakan adalah besar dan punyai banyak tempat duduk. Ianya pilihan yang menarik bagi menu makan tengah hari anda bersama keluarga.
Alamat: Lot 5057, Jalan Utama, Kg Dato Abu Bakar Baginda, Bangi, Selangor
Tel: 016-4470061 / 03-89256004
Sup Urat Keting adalah hidangan unik berasal dari pantai timur. Ianya menggunakan bahagian urat kaki lembu yang direbus lembut dan kenyal sebelum dijadikan sup. Rasa supnya memang padat dan sangat sedap lebih lebih lagi bila digabung menu bersama lauk-lauk yang lain. Restoran ini punyai pelbagai menu hidangan termasuk sate, masakan panas dan nasi himpit.
Waktu Operasi: 8.00 am – 1.00 am
7. Restoran D’Limau Nipis Bangi
kreditfoto : sinar harian
Restoran D Limau nipis menyediakan menu nasi putih bersama ikan bakar beserta sambal pencicah yang sedap. Kombinasi makanan ini adalah bersama dengan minuman jus limau nipis yang sememangnya sangat kena dengan menu pedas panas. Restoran ini juga punyai nasi ulam dan lauk lauk kampung.
Alamat: No. 201 & 205, Jalan 8/1,, Seksyen 8,, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Restoran D Limau nipis menyediakan menu nasi putih bersama ikan bakar beserta sambal pencicah yang sedap. Kombinasi makanan ini adalah bersama dengan minuman jus limau nipis yang sememangnya sangat kena dengan menu pedas panas. Restoran ini juga punyai nasi ulam dan lauk lauk kampung.
Alamat: No. 201 & 205, Jalan 8/1,, Seksyen 8,, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: 7.00 am – 6.00 pm
8. Restoran Anje Beriani Bangi
Seperti nama restoran ini, ianya menyediakan juadah Nasi Briyani Gam Johor dengan pelbagai pilihan lauk untuk dimakan bersama nasi yang dimasak. Lauk tersebut adalah
- Ayam Briyani
- Ayam Merah
- Ayam Goreng
- Ayam Kampung Briyani
- Ayam Kampung Merah
- Ayam Kabsa
- Briyani Daging
- Kambing Kari
Alamat: No.15-GF, Jalan 15/1c, Seksyen 15 (Bandar Baru Bangi), 43650 Bangi, Selangor
Waktu Operasi: 11.00 am – 7.00 pm
No Telefon : 603-8926 8061
9. Pavillion Steak & Grill Bangi
Lokasi : Pavilion Steak & Grill Bangi
Restoran ini menyediakan makanan ala barat,menu masakan kulinari arab, mediterranean dan juga masakan melayu yang sedap. Ruangan kedai juga berkonsepkan moden dan kemas membuatkan ianya tempat makan yang selesa untuk dinikmati bersama keluarga.
Waktu Operasi: 12.00 pm – 1.00 am
Tempat Membeli Belah di Bangi
Bandar Baru Bangi bukan sahaja masyhur dengan kawasan pendidikan malah juga pada tarikan pusat jual belinya. Diantara tempat paling menarik sudah pasti di Bangi Sentral beserta pusat kedai kedai butik online yang terdapat di sekelilingnya. Selain itu, terdapat juga Bangi Getaway yang merupakan salah satu tempat membeli belah menarik di Bangi.
Berikut merupakan makluman pusat membeli belah tersebut.
Berikut merupakan makluman pusat membeli belah tersebut.
1. Bangi Sentral
Laman Web : Bangi Sentral
Bangi Sentral merupakan pusat untuk membeli belah yang paling masyhur di Bandar Baru Bangi. Ini kerana kedai kedai yang dibuka di sekitar ini merupakan fesyen fesyen yang berjenama serta terkini trending di Media Sosial.
Diantara jenama-jenama yang masyhur di laman sosial seperti Butik Online di Instagram atau Facebook, ialah seperti Al-Ikhsan, Radiusite, Calaqisha, Jubah Souq, Naelofar, De'xandra, Al-Humaira, Bella Ammara dan lain-lain lagi. Selain itu, juga terdapat kedai kedai lain di sekitarnya seperti yang disenaraikan di bawah.
Laman Web : Felinna Boutique
Instagram : Felinna Boutique
Laman Web : Al-Ikhsan
Instagram : Al Ikhsan
Laman Web : De'Xandra Perfume
Instagram : De'Xandra Perfume
Laman Web : D'Yana Butik
Instagram : D'Yana Butik
Laman Web : Jubahsouq
Instagram : Jubahsouq
Laman Web : Leeyanarahman
Instagram : Leeyanarahman
Laman Web : Radiusite
Instagram : Radiusite
Laman Web : Telekung Siti Khadijah
Instagram : Telekung Siti Khadijah
Laman Web : Bella Ammara Butik
Instagram : Bella Ammara Butik
Laman Web : Naelofar Hijab
Instagram : Naelofar Hijab
2. Bangi Getaway
Lamab Web: Bangi Getaway
Menerima pengalaman membeli-belah baru di Bangi Gateway, destinasi membeli-belah terkini di Bandar Baru Bangi dan ikonik untuk keluarga dan anak-anak muda. Dibina sebagai nadi baru di bandar ini, Bangi Gateway merupakan lambang budaya pemuda baru dengan lebih daripada 200 kedai runcit, F & B hot spot, dan kedai hiburan yang merangkumi lebih daripada tujuh aras ruang membeli-belah.
Untuk Penginapan ke Hearth Homestay Sila Klik Ikon di bawah untuk terperinci
Comments
Post a Comment