Homestay

Konsep Hearth Homestay


Hearth Homestay merupakan rumah tamu lengkap dan selesa yang terletak di Bandar Baru Bangi/ Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Unit rumah tamu ini amat sesuai dipilih bagi sesiapa yang menginginkan persinggahan sementara yang selesa seperti berada di rumah anda sendiri.


Bersempena nama "Hearth" yang dipilih ianya membawa makna rumah bagi kita semua. Hearth merupakan ruangan susunan kayu di dalam rumah lama di luar negara dan ianya merupakan tempat yang dinyalakan kayu api.

Hearth juga adalah pusat bagi sesebuah rumah kerana ia terletak di tengah rumah dan juga merupakan tempat untuk memasak. Dengan itu, objektif hearth homestay yang disediakan adalah untuk menyediakan rumah tamu sepertimana anda berada di rumah sendiri.

Dengan bukaan luas rumah sebanyak 980 kaki persegi, unit rumah tamu ini menawarkan 3 ruangan bilik tidur, 2 bilik mandian dan 1 ruangan dapur yang dijaga kemas rapi beserta menitik beratkan faktor kebersihan sekeliling rumah.

Lokasi rumah ini juga berada di sekeliling kejiranan yang permai dan menjanjikan suasana yang tenang bagi merehatkan minda anda. Diantara kelengkapan yang disediakan adalah perabot lengkap, dapur makanan, peralatan memasak, bilik tidur set lengkap, beserta sistem hiburan televisyen bersama langganan Astro.

Persinggahan ke Rumah tamu ini merupakan pilihan utama bagi sesiapa yang mempunyai lawatan kerja, majlis konvokesyen,menghadiri upacara perkahwinan, menghadiri persidangan, mesyuarat, aktiviti laman, pendaftaran universiti, dan sebagainya ke kawasan yang berdekatan dengan Bandar Baru Bangi/ Putrajaya/ Kajang/ Serdang.

Dari pihak pemilik rumah tamu, kami menjanjikan fasiliti dan penginapan yang berkualiti ke rumah tamu kami disamping menyediakan servis sokongan yang berhemah serta profesional dalam memenuhi kehendak pelanggan kami.

Dengan slogan kami "A Place Like Home", rumah tamu Hearth Homestay sentiasa sedia untuk menerima pelanggan bagi menetap disini. Ianya merupakan tawaran yang seiring dengan penjagaan kualiti dan kebersihan rumah pada tahap yang tinggi.

Untuk Penginapan ke Hearth Homestay Sila Klik Ikon di bawah untuk terperinci

https://hearthomestay.blogspot.kr/p/blog-page_4.html

Comments

Popular Posts